1-Perniagaan Sah Di Sisi Undang-Undang
Jualan prepaid BUKAN skim cepat kaya, piramid, money games,saham internet atau derma. Perniagaan prepaid merupakan perniagaan berkonsep M-Commerce yang menjual produk-produk keperluan kepada 22 juta rakyat Malaysia masa kini, iaitu PREPAID HANDPHONE.
Agen prepaid menyediakan dan menjual produk-produk hebat CELCOM, MAXIS, serta iTALK, TM Net, IDD, Jaring dan lain-lain lagi 24 jam sehari dimana-mana sahaja mereka berada melalui kecanggihan teknologi SMS.
“Di akui perniagaan telekomunikasi kini menjadi perniagaan yang sangat-sangat menguntungkan. Anda pasti banyak melihat rancangan-rancangan yang menggunakan sistem undian SMS, langganan SMS
(contoh: type CINTA dan hantar ker bla.. bla.. bla… untuk mendapat tips-tips bercinta)
dan berbagai lagi. Dan selama ini, kita hanya menjadi pengguna yang dimanipulasikan oleh syarikat-syarikat besar untuk mengaut keuntungan jutaan ringgit.”
Disebabkan saya juga mahu mengambil kesempatan [untung mudah] atas hal ini,maka saya juga menceburkan diri dalam perniagaan prepaid yang bernilai berbilion-bilion ringgit ini.
2-Produk WAJIB BELI!
Prepaid merupakan suatu produk wajib beli oleh semua pengguna telefon mudah alih di Malaysia.Sama seperti minyak di mana semua pemilik kereta perlu mengisi minyak setiap hari,prepaid juga begitu dimana setiap hari pasti ada permintaan.
Tidak dinafikan produk prabayar adalah merupakan antara produk yang agak kecil margin keuntungannya.Tapi kenapa semakin hari semakin banyak kedai yang memilih perniagaan ini? Kerana permintaan! Ini adalah produk yang paling stabil permintaannya dan tidak akan putus.
3-Permintaan Yang Konsisten
Permintaan terhadap keperluan Prepaid adalah konsisten.Sekiranya Si A membelanjakan RM60 sebulan untuk prepaid handphone nya, dia pasti berbuat perkara yang sama pada bulan hadapan malah kemungkinan akan lebih dari RM60.Ini kerana prepaid kini telah menjadi keperluan harian masyarakat kita sekarang.
Dari segi permintaan yang konsisten dan berterusan inilah yang menjamin pendapatan kita di dalam perniagaan prepaid ini.Keuntungan juga adalah konsisten dan semakin lama semakin bertambah!
Share dr prepaidmalaysia.com
No comments:
Post a Comment